![]() |
| http://bit.ly/mathurat |
Buat masa ini kami hanya mampu membangunkan versi Android (untuk iPhone/Symbian/Windows Phone/Blackberry InsyaAllah ada rezeki kami akan usahakan).
Sebarang kesilapan pada ayat/doa/terjemahan atau teknikal sila laporkan di http://fb.com/mmathurat
Sila muat turun (Beta) dari Android Market : https://market.android.com/det
Terima kasih atas sokongan anda.
PANDUAN MUAT_TURUN DAN PEMASANGAN APPLIKASI
- Pastikan telefon Android anda berhubung dengan Internet. WiFi lebih baik kerana applikasi m-Mathurat bersaiz agak besar, 10MB.
- Pada telefon Android anda, buka applikasi Android Market.
- Taip mathurat pada ruangan cari (search).
- Pilih "al-Mathurat bersama Ustaz Don".
- Klik "Install".
- Anda perlu bersetuju dengan Permission yang diminta oleh pembangun.
- "NETWORK COMMUNICATION" - applikasi ini akan menghubungkan link kepada laman web kami sahaja. Kami tidak menggunakan Internet telefon anda untuk mencapai iklan atau menghantar data sulit anda kepada server.
- "PHONE CALLS" - kami perlu mengetahui status telefon anda. Sekiranya ayat/doa sedang dimainkan, dan ada panggilan masuk ke telefon, applikasi akan memberhentikan bacaan ayat/doa untuk memberi laluan kepada anda menjawab panggilan tersebut dengan selesa (tanpa ada bunyi latar bacaan ayat/doa).
- Tunggu sehingga muat-turun selesai. Oleh kerana fail agak besar (10MB), harap dapat bersabar sehingga 100% selesai. Sebab utama fail applikasi ini besar kerana ia mengandungi suara bacaan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa. Saiz fail suara mungkin boleh dikecilkan, tetapi akan menyebabkan kualiti suara rendah.
- Selepas applikasi selesai dimuat-turun, mesej “Installing…” akan dipaparkan. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.
- Skrin berikut akan dipaparkan. Tap pada butang “Open”.
- Dan harap anda dapat manfaat daripada applikasi ini.


