13 Okt 2013

Hijrah Rasul versi Windows Phone dan Android

Sampai di dalam gua, Nabi Muhammad s.a.w minta izin untuk baring berehat. Oleh sebab sangat penat, Nabi pun tertidur. Saidina Abu Bakar meletakkan kepala Nabi saw di paha beliau supaya Nabi dapat tidur dengan lebih selesa.

Semasa Nabi sedang tidur, Saidina Abu Bakar ternampak satu lubang yang tidak ditutup. Lalu beliau menggunakan kakinya sendiri untuk menutup lubang tersebut. Rupa-rupanya di dalam lubang itu ada seekor kala jengking. Kala jengking itu terus menyengat kaki Abu Bakar beberapa kali dalam usaha untuk keluar dari lubang.

Walaupun kesakitan, Abu Bakar tidak langsung mengejutkan Nabi daripada tidur. Dalam usaha menahan kesakitan, air mata beliau menitik ke muka Rasulullah saw. Lalu baginda terjaga...

Windows Phone - http://bit.ly/hijrah-my

English - http://bit.ly/hijrah-en 
Android - http://bit.ly/hijrah-rasul


- Ads by Google -