1 Ogo 2013

Ustaz Nazeer bercerita - Hijrah Rasul s.a.w

http://bit.ly/hijrah-wp

Siri Ustaz Nazeer bercerita - Hijrah Rasul merupakan buku cerita bergambar pertama dalam siri ini. Melalui karakter Ustaz Nazeer, Luqman, Yusuf, Muna dan Majidah pengguna dibawa kepada kisah hijrah Nabi Muhammad s.a.w. rasul yang terakhir umat Islam.

App buku cerita ini menyediakan 30 halaman dengan imej-imej menarik yang disediakan untuk membantu pengguna menggambarkan kisah hijrah tersebut. Namun karakter Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakar tidak boleh dipaparkan dalam app ini (mahupun di mana-mana percetakan).

Sesuai menjadi bahan-bacaan kanak-kanak dan juga dewasa yang ingin tahu tentang kisah Hijrah Rasulullah s.a.w.

Versi Windows Phone baru sahaja berada di Windows Store. InsayAllah versi e-buku, Android dan iPhone sedang diusahakan oleh pembangun.









- Ads by Google -