9 Dis 2012

Muat-turun m-mathurat APK dari 1Mobile.com

Sekiranya anda mempunyai BlueStacks Android App Player pada komputer anda, mungkin anda berminat untuk memuat-turun fail APK m-Mathurat. Untuk pengetahuan anda fail APK adalah fail applikasi digital yang boleh dibaca oleh sistem pengoperasi Android untuk menjalankan satu-satu tugasan. Fail jenis inilah yang telefon Android kita muat-turun dari Google Play Store untuk semua applikasi Android.

Salah satu pembekal alternatif App bagi sistem Android adalah 1Mobile.com (hanya apps percuma). 1Mobile.com ini menyediakan perkhidmatan memuat-turun fail APK atau menginstall terus ke telefon Android anda. Fail APK ini hanya boleh dibuka dengan menggunakan BlueStack Android App Player dalam komputer anda (Windows/Mac).

Di sini kami tunjukkan bagaimana untuk memuat-turun fail APK bagi m-Mathurat;
1. Lawati link berikut -> http://www.1mobile.com/al-mathurat-ustaz-don-354512.html
2. Pada rajah di bawah, pilih opsyen "Install to PC"



Kemudian anda akan dapati fail net.kerul.mMathurat.apk dalam senarai fail yang telah dimuat-turun.

Selamat mencuba.
Sekiranya anda berminat untuk memasang BlueStacks Android App Player, sila rujuk nota di sini -> http://www.m-mathurat.com/2012/07/m-mathurat-pada-komputer-anda.html

- Ads by Google -