8 Nov 2012

JomSolat – Aplikasi Belajar Solat di Android

InsyaAllah disini saya ingin memperkenalkan sebuah aplikasi Android yang telah dibangunkan untuk manfaat bersama.


Disebalik tabir:

JomSolat telah diusahakan hasil dari inisiatif dan idea pensyarah FSTM, KUIS yang mahukan aplikasi yang boleh mendidik anak-anak belajar solat. Mulanya ia disarankan untuk dibuat di iOS, namun kekangan bahan (MacBook & iOS Devices) menyebabkan ianya dibangunkan untuk Android.


Pengenalan:

JomSolat adalah permainan pendidikan yang direka untuk kanak-kanak berumur 3-7 tahun untuk mereka belajar solat. Kanak-kanak dapat melihat rajah bagi setiap pergerakan, bacaan didalam bahasa arab dan tulisan rumi serta terjemahan setiap perkataan. Audio bacaan juga disediakan bagi memudahkan kanak-kanak mengetahui cara bacaan dengan lebih berkesan.
Kanak-kanak juga berpeluang menguji minda mereka dengan menjawab soalan mudah yang disediakan di permainan 1 dan menguji ingatan mereka dalam permainan 2. Versi ini hanya menyertakan 4 soalan bagi setiap permainan. InsyaAllah kemaskini akan datang ada disediakan lebih banyak permainan dan soalan.


Screenshot:

Zoom in (real dimensions: 1440 x 854)Image
Zoom in (real dimensions: 1440 x 854)Image


Bagi mereka yang ingin mencuba, boleh dapatkannya melalui Google Play dengan mencari keyword: Jom Solat @ Belajar Solat atau klik imej dibawah:

Image
https://play.google.com/store/apps/details?id=net.kauthar.jomsolat

Jika ada yang ingin membantu untuk menambahbaik aplikasi ini amat saya alu-alukan terutama dari segi lakaran gambar kanak-kanak. Buat masa ini saya mengambilnya dari internet dan tidak semua gerakan ditunjukkan. Hasrat saya ingin meng'animasi'kan rajah tersebut supaya lebih senang difahami.
Mohon komentar dari anda supaya dapat menambahbaik aplikasi ini.
Maklumat lanjut mengenai aplikasi JomSolat sila buka link dibawah:
http://www.kauthar.net/2012/10/jomsolat/

- Ads by Google -