24 Jul 2012

Versi terbaru m-Mathurat 2.5.1 : paparan berterusan (auto)

Fungsi terbaru - Berterusan (auto)
Fungsi ini skrin akan menukar kepada ayat/doa yang seterusnya secara automatik. Bacaan juga dimainkan secara terus. Jadi selepas ini anda boleh mendengar sambil memandu.
Tekan butang menu, dan pilih "ON berterusan", selepas itu tap butang PLAY butang perdengar bacaan - m-mathurat.

PLAY berterusan (auto) pada al-Ma'thurat Ustaz Don

Setakat ujian yang kami lakukan, peranti Samsung akan berterusan PLAY walaupun telefon standby. Namun pada telefon HTC tidak begitu, proses akan terhenti sekiranya peranti pada mode standby. Ini mungkin disebabkan oleh teknologi HTC-Sense yang terdapat pada HTC.

Kemas-kini ini adalah yang terakhir menyokong Android 2.1 (Eclair). Kemaskini seterusnya akan hanya menyokong Android 2.2 (Froyo) dan ke atas. Tujuan kami berbuat demikian kerana Android 2.1 tidak menyediakan kemudahan pindah-app-ke-sdcard (move-to-sdcard). Fasiliti ini penting memandangkan saiz applikasi m-Mathurat yang semakin besar untuk memperbaiki kualiti bunyi. Harap maaf kepada pengguna Android 2.1, kami tidak bermaksud menganak-tirikan anda.

Kemaskini seterusnya dijangka berlaku pada October 2012, ulang-tahun m-Mathurat yang pertama. Baru setahun jagung…


complet-qr-muatturun-m-mathurat-dari-android-market-url-w250
Muat-turun di http://bit.ly/mathurat

Atau sekirannya anda ingin mencuba pada komputer, baca manual ini –> http://bit.ly/mmathurat-bluestacks

LIKE fanpage kami di http://fb.com/mmathurat
fbmmathurat






- Ads by Google -