28 Jul 2012

Komen Konstruktif pengguna m-Mathurat

Di laman ini kami senaraikan beberapa komen membina yang kami rasa perlukan penjelasan. Harap agar nantinya komen anda boleh ditulis di sini. Boleh juga komen ditulis pada rating Google Play, namun dalam medium tersebut kita tidak boleh berinteraksi.
Benar, Kami sangat menghargai komen membina anda! Sekiranya komen anda tidak disenaraikan di sini, harap jangan kecik hati naaa…

Komen konstruktif 1:

Baru baca komen daripada pengguna;
1. Meskipun tampilan depan tidak terlihat seperti seharusnya.
2. Daftar ayat tidak ada di android saya. Huruf memang terlihat lbh terang.
3.Namun ada beberapa ayat harakatnya kurang jelas. Terlihat saling menempel. Agak menyulitkan pemula.
- Kami kurang memahami komen anda, sila dapat perjelaskan supaya kami dapat memperbaiki apps ini. Terima kasih...

Komen konstruktif 2:

"app ni bagus tp fail besar sgt & tak bole smpn di memory card, jd app ini telah ambil terlalu byk memori phone sy hingga tersekat-sekat. "
- Kami sedang mengusahakan major update seterusnya, yang mana apps boleh dipindahkan ke SDcard. Namun fungsi ini tidak disokong oleh Android 2.1 . Jadi dengan rasa berat hati kami ingin memaklumkan bahasa update yang akan datang tidak lagi dapat menyokong Android 2.1 (Eclair). Harap maaf...

Komen konstruktif 3:

"Ayat kursi.. Sila perbetulkan kesalahan di mana pada muka Surat ayat kursi, yg tertulis adalah surah al-fatehah. Terimakasih."
- Kepada yang menghadapi masalah sedemikian, sila update sekali lagi, dan pastikan anda dapatkn versi 2.5.1. Bagaimana nak tahu versi berapa? Sila tap pada menu, dan tap Bantuan.
Harap maaf atas kesulitan, tk...

Komen konstruktif 4:

jz a few suggestions: maybe can add multiple language translations, can customize the play option where it autoplays the doa frm beginning till end of mathurat (useful for driver like me)...insyaAllah for better ummah..

- InsyaAllah, hopefully the multilanguage feature could be done in the next update (major update in version 3.0). we already have the english translation.

- the autoplay mode is available since version update 2.5.1 (alhamdulillah).

Komen konstruktif 5:

Klu blh doa yg terakhir tu disemak semula,sebab baris lain,sebutan lain. Iaitu: ﻭﺍﺷﺮﺡ ﺻﺪﻭﺭﻫﺎ ,,,,,,,, Ditulis iimanibik,tp dbaca iimanabik.

-Alhamdulillah, sudah diperbetulkan semenjak kemaskini versi 2.5.0 .

Komen konstruktif 6:

Assalamualaikum... Jazakallah. Syukran kasiron. Saya pengguna application m-mathurat ini. Saya menggunakan Samsung Galaxy Note (ICS), just nak tanya, setakat yang saya gunakan buat masa ini dengan update yang terbaru ini juga, saya hanya boleh lihat dengan lanskap view. Potrait view memang tiada. Pada saya, saya lebih mudah menggunakan potrait view kerana dapat lihat keseluruhan ayat tanpa perlu scroll. Harapan saya semoga dapat saya baca dengan potrait view untuk update yang akan datang. Saya tidak pasti, hanya saya sahajakah yang tidak boleh baca potrait view. Boleh beri tunjuk ajar sekiranya boleh view dalam potrait view.

-Jawapan - Apps m-mathurat akan menentukan secara automatik paparan landscape berdasarkan saiz screen. Utk Note dan tablet paparan dalm bentuk lanscape. Tapi takder masalah nanti kami usahakn supaya paparan lanscape atau potrait ditentukan oleh user.

Komen konstruktif 7:

Pada senarai doa dan doa ma’thurat format PDF - saya mohon utk copy and print ye..
syukran..

- Jawapan – semua itu memang untuk anda download, print dan kongsikan.
- versi MSWord/PDF ada di http://www.scribd.com/doc/87724715/Senarai-Doa-Al-Mathurat-Sughro-dengan-Terjemahan

Komen konstruktif 8:

Assalamualaikum.. tumpang tanya. Bacaan Mathurat oleh Ustaz Don ni takde di YouTube atau dalam bentuk MP3 format ke? Saya bukan pengguna Android.

- Maaf, kami belum lagi membekalkan MP3 format atau YouTube. Anda digalakkan untuk memasang BlueStacks pada PC/laptop anda –>

- Ads by Google -