16 Jun 2012

Novel grafik travelog Andalusia

Pitchin-Andalusia- No Love Lost - A Travelogue Graphic Novel by Creative Synergy

http://pitchin.my/project/8

Idea yang diusahakan oleh rakan saya (bekas pensyarah multimedia KUIS), bro Ridzal Yusuf. Memerhatikan perjalanan idea Zulqar9 dan Andalusia membuat saya kagum dengan usaha yang jitu dan penuh keyakinan saudara Ridzal. Pernah mengusahakan dana dan bertanding bersama dalam pameran inovasi, walaupun pernah gagal namun itu semua tidak mematikan semangat beliau.

Dengan menggunakan platform PitchIN, bro Ridzal mencuba strategi baru bersama penulis, pendakwah, dan motivator terkenal bro Hazrizal (http://saifulislam.com). Pandangan saya sinergi ini merupakan satu kaedah yang InsyaAllah akan membawa kejayaan kepada idea Zulqar9 dan Andalusia.

Zulqar9 merupakan watak utama dalam gagasan ini. Bersama datuknya, beliau mengembara ke zaman kegemilangan Andalusia melalui mesin masa. Idea yang futuristik, namun ia boleh dijual terutama kepada remaja. Gagasan ini sebenarnya diilhamkan untuk memaparkan kegemilangan Islam yang pernah satu ketika dulu sangat agung dengan budaya Ilmu dan Sains Teknologi.

Zulqar9 – Rahsia Keajaiban Andalusia (karya asal)

Apa yang menjadi harapan saya adalah kita dapat sama-sama membantu rakan kita untuk merealisasikan gagasan mempopularkan kegemilangan Islam. Platform PitchIN merupakan platform yang sangat baik di mana konsep “crowdfunding” diguna pakai. Crowdfunding adalah satu kaedah mengumpulkan dana perniagaan melalui sumbangan orang awam dan juga komuniti internet.

Sumbangan yang diminta tidak banyak, tapi sekiranya ramai yang memberi, InsyaAllah idea tersebut akan direalisasikan dengan jaya. Besar harapan kami untuk melihat idea ini berjaya!

Saya telah menzahirkan sokongan saya, harap anda begitu juga.

Maklumat lanjut sila layari: http://pitchin.my/project/8

Penulis: KHIRULNIZAM ABD RAHMAN (http://fb.com/khirulnizam)

- Ads by Google -